Saturday, September 20, 2008

Hantu foto















Cuba perhatikan imej disebelah.....
Semasa sessi pengambaran dibuat, imej kamera telah tertangkap wajah hantu.....
Persoalannya..adakah ia hantu atau memang seorang pelajar??Fikirkanla...

Pocong!!





Adakah imej pocong didalam gambar ini benar ataupun tidak?

Friday, September 19, 2008

Imej Penampakan



Imej yg tlh dibesarkan..

Adakah imej tersebut adalah pocong ataupun wajah guru besar mereka??Entahla..





Thursday, September 18, 2008

Penanggal mengganas lagi!!(balan-balan)

Penanggal mengganas lagi!!Bila nampak shj tajuk cam ni..rasa nak kecut perut pun ada...Tp crita ni mmg real, aku dpt dr saudara aku sendri.Tak tau la pula kalau dia ni kaki penipu..Benda ni berlaku kat kg kami(sempadan penampang).

Menurut ceritanya,kejadian ni berlaku kira2 pkl 10.++mlm cam tu la.Ada sorang pakcik ni, kebetulan baru balik dari kenduri arwah..dlm perjalanan tu tak de la pla trjadi apa2.Bila nak sampai je kat depan rmh,dia tdgr bunyi..seakan bunyi burung+ayam.Mula2 tu dia tak la pula rasa apa2.Tp makin lama bunyi tu makin dkat seolah2 ada kat belakang.Bila di toleh je nak tgk apa benda tu.. Hah! kat depan..kira2 2 meter je kat depan dia..benda penanggal tu siap sengih lagi dgn usus terburai.Pakcik ni mmg berani..dia siap masuk rmh ambik parang panjang g nak tetak penanggal tue.Isteri pakcik ni pula seorang bomoh..siap 'tag team' g nak lawan penanggal tue.Bila je dibaca jampi serapah..takde ga jadi apa2..penanggal tu masih g tercegat kat tempat tadi.Pakcik ni pula..mula lah baca ayat2 suci al-quran dan kursi..pun..masih takde pa2 berlaku.
Penanggal tu mula naik berang apabila pakcik tu mula nak menetak mnggunakan parang.bila pakcik tu tetak kekanan..penanggal tu mengelak kekiri,ditetaknya belah kekiri..dia elak kat kanan.Penanggal ni pula tak bagi can..dia pun nak cabar gak pakcik n makcik tue..ia melayang2 spt cuba mencari peluang untuk membaham seorang drpd mereka..Bila keadaan bertambah genting..pakcik tu ngan isterinya masuk dlm rumah..tak sanggup g nak lawan penanggal tadi.Buat seketika,penanggal tu terbang mengelilingi rumah pakcik tue..(mungkin tak puas hati la ni)."kriuk kriak" bunyi atap zink tu,bila penanggal tue 'landing' kat situ.Tak tau la pla bila masa penanggal tue beredar dari situ pun pakcik tu tak tau.Keesokkan harinya,dia meminta pertolongan beberapa jiran kat kg tu tuk menangkap orang yang disyaki(siang hari menjadi orang biasa,waktu malam menjelma mnjadi penanggal ).Bila tiba kat depan rumah org yg disyaki..abangnya datang dan merayu..jgn diapa2kan adiknya..Dia menjelaskan adiknya menjadi begitu bukanlah atas kehendaknya sendiri..tp telah menjadi mangsa..semasa bersalaman dgn orang yg tidak dikenali.(aku dgr ilmu penanggal ni boleh diturunkan melalui byk cara,salah satunya bersalam sambil membaca ayat kepada orang yg disalamnya).Memang heboh cerita penanggal ni kat kg kami.Aku pla pd waktu tu blajar kat Shah Alam,jd tak berapa pasti samada cerita ni benar ataupun tidak.

p/s:Hati2 semasa bersalam ngan orang yg tak dikenali...

Imej


Imej



Cuba perhatikan imej kat sebelah nie...
Benar ataupun tidak???

Penanggal!!Balan-balan

Salam seram misteri saya kepada semua pembaca.Hari ni saya nak cerita pasal penanggal.Apa itu penanggal?Adakah ia sejenis hantu ataupun setan?Dari apa yang saya dengar dari mulut ke mulut,penanggal ini merupakan individu yang mengamalkan ilmu hitam.Di Sabah, penanggal di dipangggil balan-balan dan sangat popular dibeberapa tempat satu kwsn sekitar Sabah. Kisah ini saya dapat dari saudara saya.

Kisah ini terjadi pada 8 bulan yang lepas. Menurut saudara saya, pada malam tersebut rakannya baru balik dari satu majlis kesyukuran yang dibuat oleh ibu mertuanya.Dia yang bersama isteri dan anak lelakinya pada waktu itu menggunakan satu jalan yang agak suram yang ada dikawasan itu.Seperti pada malam2 yang biasa, tidak ada sebarang peristiwa aneh yang berlaku sepanjang mereka menggunakan jalan tesebut.

Namun, pada malam yang berikutnya..satu peristiwa yang agak seram telah terjadi kepada 3 beranak ini. Semasa mereka melintasi satu kedai dikampung tersebut, anaknya telah terlihat satu bentuk seakan2 penanggal(kepala tidak bertubuh)berlegar2 disekeliling tiang lampu yang tidak jauh dari mereka. Penanggal tersebut seperti tidak mengendahkan mereka sahaja, sehinggalah anak lelakinya telah menegur benda tersebut dengan menanyakan kepada ibunya apakah benda yang terbang berdekatan dengan tiang lampu itu.

Seperti didengari oleh penanggal tersebut, terus ia mengekori mereka dari belakang sehingga menyebabkan anaknya menangis ketakutan. Ibunya yang dari tadi menyangka penanggal yang terbang mengekori mereka itu adalah seekor burung,turut menangis dan mengarahkan suaminya memandu kereta dengan laju.

Walaupun setelah beberapa kilometer, penanggal tersebut masih mengekori mereka dari belakang. Untuk menenangkan keluarganya daripada menangis ketakutan, rakannya telah membaca beberapa patah ayat suci al-quran serta ayat kursi sebagai pendinding. Penanggal tersebut bertambah ganas apabila rakannya membaca ayat2 al-quran,ia menghentak-hentakkan kepalanya kearah tingkap kereta yang dipandunya seakan-akan ingin mengacahnya.
Penanggal tersebut seperti tidak takut dengan ayat2 yang dibacanya. Semakin dibaca,semakin bertambah agresif penanggal tersebut cuba menyerang mereka. Ia terbang mencari ruang untuk memasuki kereta mereka.

Apa yang berlaku selepas itu tidak dapat dilupakannya, seperti tahu ia tidak dapat memasuki kereta tersebut..ia terbang beriringan dengan keretanya...dan memerhatinya dari tepi tingkap. Oleh kerana takut sangat, rakannya tidak berani menoleh untuk melihat wajah penanggal tersebut.

Nasib mereka agak baik..tidak lama selepas itu, terdapat satu kereta yang dipandu bertentangan telah membunyikan hon dan 'menghigh lightkan' lampu kereta kearahnya..seperti ingin memberitahu dia juga terlihat penanggal tersebut. Oleh sebab lampu terang dan bunyi hon itu, penanggal tersebut berubah arah dan mengejar pula kereta yang telah membunyikan hon tadi.
Menurut saudara saya, selepas peristiwa itu...rakannya telah mengambil cuti selama 2 minggu untuk memulihkan kembali semangatnya.